Skip to content

Archive for January 2010

15
Jan

Patty Hou engaged to banker Ken Huang.



Patty Hou, 32, a former news anchor in Taiwan who is best known for her beauty and her relationship with Taiwanese R&B singer Jay Chou, revealed that to appease their parents, Ken Huang, 34, and her held a ring-exchanging ceremony last Friday. No guests were invited.

Some claimed that Huang had courted Taiwanese actress Ruby Lin previously.

13
Jan

Hadiah ulang tahun Siti Nurhaliza sebuah tas tangan Louis Vuitton berharga lebih RM40,000!

Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K menghadiahkan tas tangan jenama Louis Vuitton (LV) berharga lebih RM40,000 untuk hari jadi ke-31 penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.

Al-kisahnya, selepas ini ramai isteri-isteri yang mahukan hadiah yang serupa. Alangkah baiknya kalau wang sebanyak itu didermakan kepada orang-orang yang memerlukan.

Selamat hari TUA Siti Nurhaliza!

12
Jan

Spider-Man 4 rebooted!

Sony announced that Spider-Man 4 had been canceled and the franchise will be rebooted featuring a new director and new cast. Tobey Maguire and director Sam Raimi have both left Spider-Man 4 due to problems with the script.

The reboot plot puts Peter Parker back in high school and scheduled to be released in Summer 2012.

11
Jan

Anugerah Juara Lagu

Tahniah kepada lagu gubahan Pete Teo dan nyanyian Aizat, “Pergi”, yang dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu yang ke-24. Tapi aku berpendapat yang lagu ini menang kerana ramai yang mahu mengenang jasa pengarah Allahyarham Yasmin Ahmad yang telah pergi meninggalkan dunia filem buat selamanya pada Julai tahun lalu. Lagu ini yang diubah ke versi melayu oleh Amran Omar adalah soundtrack dari filem “Talentime” yang bertajuk “I Go“. Aizat juga memenangi anugerah Persembahan Terbaik.

Yuna yang suara dan lagunya mirip Zee Avi memenangi tempat kedua menerusi lagu ‘Dan Sebenarnya’.

Tempat ketiga dimenangi oleh Superman yang menghidap penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT), Faizal Tahir, dengan lagu “Bencinta“.

Anugerah Vokal Terbaik dirampas oleh Black (Mentor) yang mendendangkan lagu ‘Aku Rindu Sayang Kamu.

Dato’ Siti Nurhaliza membuat persembahan bersama Azlan The Typewriter, mantan vokalis Meet Uncle Hussien menerusi lagu “Lagu Untuk Mu”, juara AJL ke-23. Selamat ulang tahun yang ke-31 Siti Nurhaliza!

Bunkface dengan lagu “Situasi”.

Tahun ini AJL kembali ke format asalnya dengan ketiadaan kategori Etnik Kreatif, Pop Rock dan Balada.