Fanatik
April 2nd, 2007 by admin | Filed under Muzik.Kesian dengan budak fanatik ni. Sanggup artis itu menyuruh pengawai menangkap peminat nombor satu dia!
Cerita dari http://cyberita.asia1.com.sg/
PERANGKAP PEMINAT GILA
DIEKORI ke mana-mana termasuk di konsertnya sejak 2003 lagi.Surat demi surat dan pita video demi pita video dikirimkan si peminat gila ini tanpa henti. Bagaimanapun, mata penyanyi seksi, Michelle Branch, begitu awas dan beliau mampu mengesan lelaki yang mengekorinya secara senyap, baru-baru ini.
Gara-gara lelaki itu, Michelle menghentikan konsertnya di Sheboygan, Wisconsin, minggu lalu.
‘Tunggu sekejap. Ada lelaki di kalangan anda, berbaju belang dan berkaca mata. Boleh anda memeriksanya?’ pinta Michelle, selepas menyampaikan persembahan bertenaganya.
Kata-katanya mengejutkan ramai. Penonton menyangka Michelle hanya bergurau.
‘Kami bingung. Ini gurauan saja atau sebahagian daripada konsertnya?’ ujar peminatnya dari Sheboygan, Cali Haas, 20 tahun, kepada agensi berita, Associated Press.
Ternyata, Michelle tidak bergurau, malahan, diselubungi rasa takut, anaknya yang berusia 19 bulan juga terancam dek kehadiran Dominick.
Si peminat gila, Dominick Giordano, 32 tahun, dari Maryland, akhirnya diberkas polis selepas kakitangan Pusat Seni Pementasan Stefanie H. Weill, menghentikan langkahnya yang cuba melarikan diri.
Bagaimana Michelle mampu mengenal pasti wajahnya?
Menurut pengurus konsert Michelle, Joshua Scott, ‘mudah saja’.
‘Siapa suruh Dominick menyondol masuk ke konsert Michelle? Di mana-mana saja ada ruang untuk Michelle bertemu peminatnya, si gila ini akan tampil untuk bersua muka dan menyentuh Michelle!’ jelas Joshua.