Anugerah Planet Muzik 2007

Category: Cerita Tv

Senarai calon-calon “Artis Singapura Paling Popular” dan “Lagu Singapura Paling Popular”. Undian berakhir pada Ahad 8 April 2007!

apmlistcomplete1pic.jpg
Cara mengundi : APM(space)Kod Artis(space)No. Kad Pengenalan(space)Nama
Hantar ke talian 72346

apmlistcomplete2pic.jpg
Cara mengundi : APM(space)Kod Lagu(space)No. Kad Pengenalan(space)Nama
Hantar ke talian 72346

Source dari http://www.ria.sg/

Untuk undian yang lain, sila lihat majalah MANJA, MEDIA HIBURAN dan BINTANG INDONESIA.

90an Power

Category: Tributes

Pada tahun 90an, selain artis-artis Malaysia yang mengemparkan arena muzik di Singapura, artis-artis dari tempatan dan juga dari negara matsaleh juga turut memceriakan corong-corong radio sebelum Datuk Datin Siti Nurhaliza menakluki jiwa peminat-peminat muzik.

dsc04034-1-copy.jpg

Antara artis Singapura yang muncul pada tahun 90an ialah Teacher’s Pet (anak murid yang disukai cikgu). Teacher’s Pet melahirkan album pada bulan jun 1994 dibawah syarikat WEA dan dianggotai oleh Maman, Jabon, Eddie dan Salleh. Warisan Wanita Terakhir mempopularkan kumpulan ini.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=MdC_4ugelSE]Lagu Warisan Wanita Terakhir dinyanyikan kembali oleh Faizal (One In A Million)

Nak download lagu-lagu Teacher’s Pet ? Sila tekan disini.

dsc04035-1-copy.jpg

Ratu pop & R&B Mariah Carey memulakan tahun 90an dengan melahirkan sebuah album berjudul “Mariah Carey”.

Kumpulan Frente yang berasal dari Australia membawa irama alternatif pop rock ke Singapura pada tahun 1991. Suara Angie Hart menarik hati peminat-peminat radio. Lagu hit : Bizarre Love Triangle.

All That She Wants” membawa kumpulan Sweden Ace Of Base dikenali di Singapura pada tahun 1992 dengan muzik “dance pop”.

Pada tahun 1994, kumpulan R&B All-4-One muncul dengan lagu hit “I Swear“.

Pantang lelaki…

Category: Boy Girl

Oleh
Noor Azlin Sukri

MENGAPAKAH sukar lelaki dan wanita untuk berkomunikasi?

Mungkin wanita tidak sedar wujud beberapa pantang yang mudah menjadi pemicu kemarahan golongan cik abang.

Lelaki ‘bingit’ apabila wanita:

1. Ungkit kisah lama

Anda marah dan kerana kemampuan wanita mengingati sesuatu peristiwa dengan terperinci, anda mengomel sambil mengungkit kisah 10 tahun lalu.

Tetapi cik abang bertanya: ‘Ah? Apa kena mengenanya?’

2. Banyak soal

Wanita suka berdialog, umpamanya beliau ingin tahu di mana lelaki itu makan tadi, dengan siapa dan apa yang dibualkan tetapi lelaki salah faham dan menganggapnya seperti disoal inspektor polis.

3. Bersaing dengan dirinya

Beliau sedang bercerita dengan anda tentang perangai bos di tempat kerja. Bukannya beliau ingin anda mendengar keluhannya sebaliknya bercerita panjang lebar tentang diri sendiri.

Lelaki menganggap anda sedang bersaing cerita dengannya sedangkan apa yang beliau mahukan ialah untuk anda mengatakan beliau betul dan bosnya salah.

4. Perlakukan mereka bak anak kecil

Mereka tidak perlukan seorang lagi ibu untuk memperbetulkan gaya, cakap dan pakaian mereka, bertanya mengapa tidak melakukan begitu dan begini.

5. Mengongkong

Bukan beliau tidak mempedulikan anda.

Sebenarnya ramai lelaki perlukan ruang untuk menyendiri. Mereka kadangkala perlu berinteraksi dengan kaum sejenis mengenai perkara-perkara yang hanya mereka fahami.

6. Menuduh

Wanita suka berbicara bak dirinyalah menjadi mangsa sekali gus membuat lelaki berasa bersalah. Misalnya:

Wanita: Baju mana yang cantik, merah ke biru?

Lelaki: Entah, suka hati awak. Dua-dua cantik.

Wanita: Awak memang tak ambil endah. Semua tak tau!

7. Cakap berputar belit

Cara perbualan, penyampaian dan menceritakan sesuatu dengan amat terperinci dan panjang lebar seolah-olah tiada penghujungnya membuat lelaki bosan kerana apabila berbual, lelaki lebih fokus.

8. Tidak tahu simpan rahsia

Mungkin wanita rasa tidak bersalah memberitahu teman bahawa suaminya berdengkur amat kuat dan cerita begini menggelikan hati tetapi lelaki menganggapnya kesalahan besar.

9. Bertanya sayang ke tidak

Pertanyaan seperti, ‘Awak sayang saya tak?’ buat sekali dua tidak mengapa tapi kalau ditanya berulang kali boleh membuatnya bosan.

10. Kata ‘tak ada apa-apa’

Apabila anda mematikan diri dan mengharap mereka ‘membaca’ fikiran anda, anda membuat mereka berasa keinginan untuk menolong ditolak dan akhirnya, mereka pun meradang. Tercetuslah perang sengit.

Dengan memahami ‘pantang-larang’ kaum lelaki, perkara-perkara yang boleh membuat mereka bosan yang selalunya mencetuskan peperangan boleh dielakkan.

Nota: Penulis ialah siswazah Psikologi Amali, Universiti Southern Queensland dan juga ibu tiga orang anak yang berusia antara 10 dengan lima tahun.

http://cyberita.asia1.com.sg/

Putera Emas : Fakta nombor 9 tu memori daun pisang aku….

Cara menundukkan syaitan

Category: The Book

Oleh
Masruhan Kyai Choteb Al-hafiz

SESUDAH menerima laknat Allah swt kerana enggan sujud kepada Nabi Adam as, iblis dengan bongkak memohon kepada Allah:

‘Berikanlah aku peluang (umur panjang yang tidak akan mati sehingga hari kiamat)!’

Allah dengan sifat Al-Rahman-Nya mengabulkan: ‘Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh (tidak akan mati sampai hari kiamat).’

Iblis memohon lagi: ‘Kerana Engkau telah pun menghukum aku sebagai makhluk yang sesat, maka aku bersumpah akan sentiasa menghalang mereka (Bani Adam) daripada jalan Engkau yang lurus.’ (Surah Al-Araf: 14-16).

Ulama, termasuk Imam Al-Ghazali dalam kitab Minhaj Al-Abidin dan Ibn Athaillah Al-Skandari dalam kitabnya yang terkenal, Al-Hikam, memberikan garis panduan kepada manusia tentang cara melawan tipu daya syaitan.

Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa penipuan syaitan menerusi tujuh cara. Beliau juga cuba mengemukakan cara-cara mengatasinya, iaitu:

Syaitan melarang manusia melakukan ketaatan kepada Allah.

Orang yang dipelihara Allah akan membantah larangan tersebut, dan berkata: ‘Aku sangat perlu sekali kepada pahala daripada Allah. Oleh kerana itu, aku mesti mempunyai bekalan daripada dunia untuk menjalani kehidupan akhirat yang kekal abadi.’

Syaitan mengajak manusia segera mengakhiri sesuatu ibadah dan ketaatan atau menghasut agar menangguh-nangguhkan waktu.

Orang yang dipelihara Allah akan menolaknya dengan berkata: ‘Ajalku bukan di tanganku. Jika aku menangguh kan amal soleh hari ini untuk dilakukan esok, maka bilakah masanya amal hari esok aku kerjakan, padahal setiap hari mempunyai amal masing-masing.’

Syaitan mendorong manusia supaya terburu-buru mengerjakan amal baik dengan mengatakan: Ayuhlah cepat-cepat beramal supaya engkau dapat memburu lagi amal lainnya.

Orang yang dijaga Allah tentu menolak dan berkata: ‘Sedikit tetapi sempurna dan istiqamah lebih baik daripada amal banyak tetapi tidak sempurna dan kurang istiqamah.’

Syaitan menyuruh manusia supaya mengerjakan amal baik dengan sempurna sebab kalau tidak sempurna, nanti akan dicela orang lain. Pada peringkat ini, syaitan cuba menanamkan rasa riak dalam hati manusia.

Orang-orang yang terpelihara tentu menolaknya dan akan berkata: ‘Bagi saya, cukup dinilai Allah sahaja dan tidak ada faedahnya beramal kerana ingin mendapatkan pujian manusia.’

Syaitan menanamkan rasa ujub (bermegah-megah) dalam hati orang yang beramal dengan membisikkan: ‘Betapa tingginya darjatmu kerana berjaya melakukan amal soleh dan betapa pula engkau cerdik dan bijak.’

Orang-orang yang baik dan diselamatkan Allah akan menjawab: ‘Sesungguh nya semua keagungan dan kesempurnaan itu kepunyaan Allah, ia bukan kekuatan atau kekuasaanku.

‘Allahlah yang memberikan taufik kepadaku untuk dapat mengerjakan amal yang Dia redai, dan memberikan ganjaran yang besar dengan kurnia-Nya.

‘Jika tanpa kurnia Allah, maka apalah harganya amalku ini dibandingkan dengan banyaknya nikmat Allah kepadaku, lagi pula dosa-dosaku sangat banyak.’

Setelah jalan kelima gagal, maka syaitan mengemukakan jalan keenam.

Jalan ini lebih hebat daripada yang sebelumnya, dan tidak akan dapat waspada terhadapnya kecuali orang yang cerdik dan hidup fikirannya.

Syaitan berkata, dengan membisikkan hasutan di hati manusia: ‘Bersungguh-sungguhlah engkau dalam melakukan amal secara sirr atau rahsia, jangan sampai diketahui manusia, sebab Allah jualah yang akan menzahirkan amalmu nanti terhadap manusia dan akan mengatakan bahawa engkau seorang hamba Allah yang ikhlas.’

Syaitan telah mencampur-baurkan setiap orang yang beramal soleh dengan amal tipu dayanya. Dengan hasutannya itu, syaitan bermaksud memasukkan sebahagian daripada penyakit riak yang sirr (tersembunyi dan sangat halus).

Orang-orang yang terpelihara oleh Allah akan menolak hasutan syaitan itu dengan mengatakan: ‘Hai malaun yang dilaknat, tiada henti-hentinya engkau menggodaku untuk merosakkan amalku dengan pelbagai cara, sekarang engkau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalku, padahal maksudmu untuk merosaknya.

‘Sesungguhnya aku ini hamba Allah yang hina dan lemah, bahkan Allah yang menjadikan aku. Kalau Allah berkehendak menzahirkan amalku atau menyembunyikannya dan kalau berkehendak menjadikan aku mulia atau hina, maka ini semua adalah urusan Allah.’

‘Aku tidak hairan atau gelisah sama ada amalku dilihat manusia atau tidak, kerana hal itu semua bukan urusan manusia.’

Terakhir, syaitan menggoda dengan mempengaruhi akidah dan keyakinan manusia terhadap ketentuan (qadak dan qadar) Allah.

Dalam hadis Bukhari dan Muslim, sahabat Abdullah bin Masud meriwayatkan:

‘Jika anak Adam ditiupkan roh pada usia 120 hari di dalam perut ibunya, maka Allah telah pun menetapkan empat perkara: rezekinya, umurnya, amalannya dan selamat atau binasanya…’

Bertolak dari sinilah syaitan membisikkan tipu dayanya kepada manusia dengan mengatakan segala tuah manusia sudah ditentukan, maka tiada gunanya dia berusaha mengubah nasibnya.

Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah tidak akan dimasukkan ke neraka dan pasti dimasukkan ke syurga (Surah Al-Tawbah). Bagaimanapun, masuknya seseorang ke syurga bukanlah kerana kekuatan amalnya, tetapi kerana janji Allah semata-mata, yang pasti benar dan suci.

Manusia akan terus diuji Allah tetapi syaitanlah yang membawa kehancurannya. Tujuh jawapan tersebut patut dijadikan perisai sebagai senjata menghadapi syaitan.

Kita mesti senantiasa beribadah dengan mengharapkan Allah melindungi kita daripada jerat syaitan. Apa jua yang berlaku dengan izin Allah dan kepada-Nya kita mohon petunjuk dan keredaan.

Nota: Penulis adalah Imam Masjid Abdul Aleem Siddique. Beliau sedang menyiapkan program kedoktoran di Universiti Malaya

http://cyberita.asia1.com.sg/

Hari Nak Kiamat?

Category: Cakap Aje

Kira-kira pukul 11.50, kepala aku tiba-tiba bergegar, diikuti badan aku. Dalam fikiran aku menyoal diriku sendiri, adakah aku sakit? Aku meletakkan tangan aku diatas meja, meja itu juga bergoyang untuk beberapa saat. Aku menyangka budak dihadapan aku yang mengoyangkan meja aku. Aku tidak menyangka apa-apa buruk yang sedang berlaku. Selepas itu aku dapati laman website ‘TODAY’ susah untuk dimasuki.

Selepas makan tengahari, tiba-tiba teman aku memberitahu yang sebuah gegaran berlaku di Padang, Indonesia. Rupa-rupanya gegaran 6.6 Richter Scale yang aku alami. Dengar-dengar, di daerah bandar, gegaran lagi amat kuat berbanding di tempat kerjaku di Toa Payoh.

Dalam pukul 1.55 petang, lagi satu gegaran aku rasakan, tetapi kali ini ia tidak begitu kuat.