Selamat hari raya kepada semua pengunjung di Putraworks@Wordpress. Maaf Zahir dan Batin jikalau ada salah dan silap semasa menulis atau berjumpa dimasa lalu.
Khas kepada Datin Siti Nurhaliza, maaf banyak-banyak ya sebab terkutuk Datin Siti semasa menulis disini.
Seperti tahun-tahun sudah, inilah jadual raya aku;
Raya pertama:
1. Aku tidak beraya kemana-mana, hanya menunggu kakak-kakak, abang dan makcik pakcik aku yang akan beraya dirumah ibu bapa ku.
2. Kakak no. 3 aku akan sampai kira-kira pukul 11 pagi.
3. Kakak no. 1 aku pula akan tiba dalam pukul 1 petang.
4. Kakak no 2 dan abang aku akan datang dalam pukul 3 petang.
5. Kakak no. 3 dan abang aku akan pergi beraya di rumah mertuanya pula sekitar pukul 5 petang.
6. Selepas itu makcik dan pakcik aku akan tiba pula. Rumah akan riuh rendah dan sesak dengan sepupu2 dan anak2 sepupu aku yang hampir 70% aku tak kenal langsung. Masa ini aku akan duduk didalam bilik sahaja dan hanya akan keluar bila mereka mahu pulang (Nak minta maaflah, sebab mungkin aku tak pergi beraya dirumah mereka. Tak minta maaf pun tak apa, maklumlah aku jarang sekali jumpa dengan diaorang. Bila dah jarang jumpa, jaranglah buat salah).
7. Kakak-kakak aku hanya akan pulang setelah semua sedara-mara yang datang sudah pulang. Ibu dan bapa aku adalah yang tua, jadi rumah aku akan diserbu oleh adik beradik ibu dan bapa aku.
Sabtu dan Ahad pertama selepas raya:
1. Aku masih lagi tidak berjalan raya.
2. Sedara mara yang lain akan datang.
3. Aku terpaksa menolong ibu ku sebab tidak cukup tangan untuk melayan tertamu yang datang.
4. Bila dah terlampau ramai sedara mara yang aku tak kenal, aku akan relek saja didalam bilik sambil menonton TV.
5. Ibu aku akan memekik bila dah tak cukup tangan selepas aku relek one corner.
Sabtu dan Ahad ke 2:
1. Tetamu sudah berkurangan.
2. Mungkin aku akan mengikut ibu bapa ku pergi beraya ke beberapa buah rumah makcik dan pakcik ku.
Sabtu dan Ahad Ke 3:
1. Duduk dirumah sahaja.
2. Mungkin ke rumah kakak atau abang aku yang ada buat open house.
Sabtu dan Ahad Ke 4 atau ke 5:
1. Akan melawat rumah teman-teman politeknik ku.
2. Ke rumah Imraneo.
3. Ke rumah KawanLu.
Anyway enjoy lagu dari Radja ini sambil-sambil beraya.
[odeo=http://odeo.com/audio/2210416/view]
